Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Imbangan perdagangan November 2023 catat $406.9 juta

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Imbangan perdagangan bagi bulan November 2023 telah mencatatkan $406.9 juta. Jumlah perdagangan pada November 2023 mencatatkan sebanyak $2,292.3 juta berbanding $3,007.2 juta pada bulan Oktober 2023. Jumlah tersebut disumbangkan oleh nilai eksport sebanyak $1,349.6 juta dan nilai import sebanyak $942.7 juta.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), eksport pada bulan November 2023 bernilai $1,349.6 juta yang mana bahan api galian merupakan penyumbang utama eksport Negara Brunei Darussalam iaitu sebanyak 76.4 peratus, diikuti oleh bahan kimia (21.5 peratus) dan jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.1 peratus).

    Sementara itu, pasaran eksport utama pada bulan November 2023 adalah Australia (21.6 peratus), diikuti oleh Singapura (18.6 peratus) dan Republik Rakyat China (18.2 peratus). Komoditi eksport terbesar ke negara-negara tersebut adalah bahan api galian dan bahan kimia.

    Manakala import pada bulan November 2023 bernilai $942.7 juta. Lima komoditi import utama ialah bahan api galian (68.6 peratus), diikuti jentera dan kelengkapan pengangkutan (13.5 peratus), makanan (6.1 peratus), barang-barang keluaran kilang (4.6 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (3.3 peratus).

    Selain itu, sumbangan terbesar rakan dagangan import adalah dari Malaysia (22.3 peratus), diikuti Kazakhstan (14 peratus) dan Qatar (12.5 peratus), dengan bahan api galian sebagai komoditi import terbesar.

    Sebanyak 60.6 peratus import digunakan sebagai barangan perantaraan bagi pemprosesan, diikuti barangan modal (36.4 peratus) bagi operasi perniagaan dan barangan penggunaan (3 peratus) bagi kegunaan isi rumah.

    Di samping itu,sebanyak 93.7 peratus jumlah perdagangan dihantar melalui pe-ngangkutan laut. Ini diikuti oleh pengangkutan udara (5 peratus) dan melalui darat (1.3 peratus).

    Bagi tempoh Januari hingga November 2023, jumlah perdagangan mencecah $23,018.6 juta yang terdiri daripada eksport bernilai $13,573.9 juta dan import berjumlah $9,444.7 juta, yang mana mencatatkan imbangan perdagangan sebanyak $4,129.2 juta.

    Laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa bagi bulan November 2023 boleh didapati melalui laman sesawang JPES di https://deps.mofe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...