Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imran Ajmain turun 33kg dalam 2 tahun

    Penyanyi Imran Ajmain berjaya menurunkan berat badan sebanyak 33 kilogram dalam tempoh dua tahun.

    Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 43, berkata, perkara itu dapat dicapai selepas dia berhenti mengambil minuman bergula dan mengawal makan makanan yang tidak sihat.

    “Saya berjaya turunkan berat sebanyak 33 kilogram (kg) dalam tempoh dua tahun dengan cara potong (berhenti) gula dalam minuman (walaupun ada kala menipu juga).

    “Potong makan makanan karbohidrat kegemaran saya dan mula masak sahaja sendiri.

    “Saya juga melakukan rutin pengambilan diet vegan (berasaskan sayuran) sebanyak 21 hingga 40 hari,” katanya menurut laporan mStar.

    Imran berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan di aplikasi X pada Khamis.

    Mula merasai kesan diet diamalkan, sakit pada bahagian lutut kanan dialaminya juga semakin pulih selepas berjaya menurunkan berat badan.

    “Saya juga sudah tidak rasa sakit di bahagian lutut kanan,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Imran sempat membalas di ruangan komen menyatakan dia tidak mengamalkan sebarang senaman, sebaliknya hanya menjaga diet pemakanan dengan teratur. “Tidak, saya tak bersenam pun. Paling berat pernah saya timbang 135 hingga 140kg,” jelasnya. – Agensi

    Imran berhenti mengambil minuman bergula dan mengawal makan makanan yang tidak sihat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda