Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Imran Ajmain muncul dengan karya terbaharu

    Penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain, akhirnya tampil dengan karya baharu, Padam Dan Pergi, selepas hampir lima tahun menyepi tanpa sebarang produk baharu.

    Berkolaborasi dengan komposer muda, Ahmadul Amin, Imran berkata, Padam Dan Pergi adalah usahanya untuk meneroka cabang muzik baharu sekali gus mencipta perjalanan seni yang berbeza berbanding sebelumnya.

    Padam Dan Pergi adalah personaliti yang berbeza daripada gaya biasa saya. Lagu ini mencerminkan perkembangan peribadi, meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan.

    “Saya terdetik nak lancarkan lagu ini selepas setahun membuat persembahan di acara indie apabila penonton semua hafal dan nyanyikan apa jua lagu yang dipersembahkan atas pentas bersama-sama penyanyinya. Ini untuk mereka semua,” katanya kepada Harian Metro.

    Menurut Imran, pelancaran lagu baharunya itu selaras dengan perancangan konsert mini keduanya di Singapura pada 12 Januari depan dan persembahan berskala sama di Kuala Lumpur tahun depan.

    “Penerbitan single ini diselaraskan secara strategik dengan Konsert Mini Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang akan datang di Singapura pada 12 Januari ini. Konsert tersebut juga diusahakan nanti untuk penggemar di Kuala Lumpur.

    “Saya akan mempersembahkan lagu baharu ini sebagai sorotan malam konsert, menawarkan penggemar pengalaman secara langsung bunyi baru ini yang melambangkan pemisahan daripada balada lembut mendayu-dayu yang sinonim dengan saya,” ujarnya.

    Bercerita mengenai lirik tersebut Imran berkata, lagu itu merungkai hubungan kompleks yang tidak kena haluan, dengan lirik ringkas yang menyentuh, menggambarkan dia sebagai seorang kekasih yang ‘merentan’ mencari babak baru dalam hidupnya.

    Padam Dan Pergi merupakan pengakuan pertumbuhan dan sumpah janji seniman untuk memajukan seninya,” kongsi penyanyi Seribu Tahun itu. – Agensi

    Setelah hampir lima tahun menyepi Imran muncul dengan karya baharunya, Padam Dan Pergi. – Harian Metro
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...