Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Imuniti semula jadi lebih kuat semasa gelombang Delta

    WASHINGTON, 20 JAN – Semasa peningkatan kes jangkitan koronavirus di Amerika Syarikat (AS) yang dipacu oleh varian Delta, individu yang tidak divaksinasi dan sembuh daripada COVID-19 mempunyai perlindungan yang lebih baik berbanding mereka yang menerima vaksin dan sebelum ini tidak pernah dijangkiti, menurut kajian baharu yang diterbitkan hari ini.

    Hasil kajian itu adalah dapatan yang terkini untuk dipertimbangkan dalam perbahasan mengenai kekuatan relatif imunisasi semula jadi berbanding imuniti yang diperoleh daripada vaksin bagi melawan SARS-CoV-2, namun kali ini kajian tersebut diterbitkan oleh Pusat bagi Pengawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) AS.

    Penulis kajian walau bagaimanapun memberi amaran supaya tidak bergantung kepada jangkitan sebagai satu strategi, memandangkan risiko lebih tinggi bagi individu tidak divaksin yang sebelum ini dijangkiti tetapi tidak dimasukkan ke hospital dengan kesan jangka panjang dan kematian berbanding mereka yang sudah menerima vaksin.

    Malahan, sehingga 30 November 2021, kira-kira 131,000 penduduk California dan New York meninggal dunia akibat COVID-19, menurut akhbar dari dua buah negeri itu, yang digunakan sebagai modal statistik.

    “Virus sentiasa berubah, termasuk virus yang menyebabkan COVID-19,” menurut kenyataan CDC AS.

    “Tahap perlindungan yang diberikan oleh vaksinasi dan terselamat daripada jangkitan sebelumnya berubah semasa tempoh kajian. Vaksinasi kekal menjadi strategi paling selamat bagi perlindungan terhadap COVID-19,” tambah kenyataan.

    Analisis dijalankan sebelum kemunculan varian Omicron, yang mana kedua-dua imuniti vaksin dan imuniti daripada jangkitan dilihat semakin berkurangan, dan sebelum suntikan penggalak dibuat secara meluas.

    Ia menggunakan kes data daripada 1.1 juta orang yang disahkan positif di New York dan California antara 30 Mei hingga 30 November 2021, dan digunakan untuk membuat modal kesimpulan mengenai populasi yang lebih meluas.

    Sebelum Delta menjadi varian dominan, vaksinasi memberikan imuniti lebih baik berbanding jangkitan. Akan tetapi keadaan berubah apabila varian semakin mendominasi pada lewat Jun dan Julai. – AFP

    Kakitangan kesihatan memberikan suntikan kepada warga emas di Bandar Mexico. Menurut kajian CDC AS semasa gelombang varian Delta, individu yang tidak divaksinasi dan sembuh daripada COVID-19 mempunyai perlindungan yang lebih baik berbanding mereka yang menerima vaksin dan sebelum ini tidak pernah dijangkiti.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...