Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India, AS sepakat perangi pendatang tanpa izin

    NEW DELHI, 1 MAC – Pegawai keselamatan dalam negeri India dan Amerika Syarikat (AS) membincangkan usaha memerangi pendatang tanpa izin dan isu penguatkuasaan undang-undang lain di sini.

    Perbincangan yang diadakan pada akhir Februari itu turut meliputi kerjasama antinarkotik, kerjasama kastam, keganasan dan jenayah siber.

    US-India Homeland Security Dialogue dipengerusikan bersama oleh pemangku timbalan setiausaha di Jabatan Keselamatan Dalam Negara dan Setiausaha Dalam Negeri India, Ajay Bhalla.

    Dalam satu kenyataan media kelmarin, Jabatan Keselamatan Dalam Negara AS berkata kedua-dua pihak komited untuk ‘memperkukuh akses kepada saluran imigresen yang sah sambil menguatkuasakan undang-undang imigresen, termasuk penghantaran pulang individu tanpa hak undang-undang untuk tinggal di Amerika Syarikat’.

    “Mereka juga bersetuju untuk bekerjasama bagi memperluas kerjasama penguatkuasaan undang-undang dengan menyasarkan penyeludup yang mengeksploitasi dan mengaut keuntungan daripada migran yang mudah terdedah kepada bahaya,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda