NEW DELHI, 2 APRIL – Pada awalnya dicipta oleh saintis robot dan seorang pakar bedah saraf untuk membantu India, namun kini sebuah mesin ventilator bersaiz pembakar roti menawarkan harapan untuk mencegah pandemik koronavirus di negara itu dengan permintaan yang meningkat.
Virus yang menyerang paru-paru, menjadikan ventilator – yang mengepam udara pernafasan kepada pesakit – penting buat hospital-hospital di seluruh dunia ketika mereka dibebani dengan kes COVID-19.
Dengan jumlah meningkat di India, di mana perintah berkurung seluruh negara dikuatkuasakan, penghasilan ventilator mudah alih AgVa telah meningkat dari 500 sebulan kepada 20,000.
“Kami tidak pernah melihat alat dihasilkan sebesar saiz ini sebelum ini,” kata pakar bedah saraf Deepak Agrawal, yang membina bersama peranti ini dengan saintis robot, Diwakar Vaish.
Berharga sekitar AS$2,000, ventilator AgVa itu adalah pecahan daripada harga ventilator konvensional, yang berharga lebih AS$10,000.
India seperti negara-negara lain kekurangan katil dan ventilator bagi 1.3 bilion penduduknya. Negara Asia Selatan itu setakat ini melaporkan lebih 1,600 kes dan 38 kematian akibat COVID-19.
Untuk merangsang kesiap sediaan bagi peningkatan kes, kerajaan India telah menyekat pengeksportan produk perubatan berkaitan koronavirus, termasuk ventilator.
Kilang AgVa dekat bandar New Delhi telah memberi kebenaran untuk menghasilkan apa yang boleh menjadi senjata penting apabila India terpaksa berhadapan dengan pandemik itu.– AFP