Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    India hantar 38.5 tan bantuan ke Gaza

    NEW DELHI, 22 OKT – India hari ini menerbangkan 38.5 tan bantuan kemanusiaan ke wilayah Sinai, Mesir untuk penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang sedang berperang, kata Kementerian Luar Negeri India.

    Sebuah pesawat tentera udara India Boeing C-17, “membawa hampir 6.5 tan bantuan perubatan dan 32 tan bahan bantuan bencana untuk rakyat Palestin” berlepas ke lapangan terbang El Arish di Mesir, kata jurucakap Kementerian Luar Negeri India, Arindam Bagchi.

    “Bahan itu termasuk ubat-ubatan penting untuk menyelamatkan nyawa, peralatan pembedahan, khemah, beg tidur, kain terpal, kelengkapan kebersihan, pil pembersihan air dan antara barangan lain yang diperlukan,” kata Bagchi menerusi hantaran di media sosial.

    Perang meletus dua minggu lalu antara Israel dan Hamas, gerakan pejuang Islam yang menguasai wilayah Palestin di Gaza, yang menempatkan 2.4 juta penduduk.

    Tentera Israel telah melancarkan serangan yang berterusan ke atas Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan ganas oleh Hamas pada 7 Oktober, di mana mereka telah membunuh sekurang-kurangnya 1,400 orang, kebanyakannya orang awam yang ditembak atau dibakar sehingga mati, menurut pegawai Israel.

    Kempen pengeboman itu telah membunuh lebih daripada 4,300 rakyat Palestin, kebanyakannya juga orang awam, menurut Kementerian Kesihatan yang dikuasai oleh Hamas, dan memusnahkan kawasan yang padat dengan penduduk kepada runtuhan yang masih membara.

    India mengutuk pejuang Hamas atas serangan pengganas, tetapi juga telah mengulangi pendirian lamanya untuk sebuah negara Palestin yang merdeka.

    Israel telah berulang kali menggesa 1.1 juta penduduk di utara Gaza supaya berpindah ke kawasan selatan sebelum melancarkan sebarang operasi darat. – AFP

    Trak yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza masuk dari Mesir di Rafah pada 21 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...