Friday, January 31, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India lulus pelan AS$1.9b, sasar mineral domestik

    MUMBAI, 30 JAN – India telah meluluskan pelan bernilai AS$1.9 bilion bagi mendapatkan bekalan mineral kritikal yang penting untuk sektor tenaga hijau dan pertahanan negara itu.

    India, negara paling ramai penduduk di dunia, memerlukan bahan mentah seperti litium dan kobalt bagi memperkukuh pengeluaran kenderaan elektrik serta mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2070.

    Bagaimanapun, India masih bergantung kepada import untuk memenuhi keperluan tersebut, dengan China sebagai pembekal utama. Meskipun hubungan dengan Beijing yang sebelum ini tegang kini semakin pulih, New Delhi tetap berusaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan serta menggalakkan penerokaan dan pengeluaran domestik.

    Kabinet India kelmarin meluluskan misi untuk ‘mempergiat penerokaan mineral kritikal’ di dalam negara dan luar pesisir.

    “Misi ini akan menawarkan insentif kewangan bagi penerokaan mineral kritikal serta menggalakkan pemulihan mineral tersebut daripada bahan buangan dan sisa lebihan operasi perlombongan,” menurut kenyataan Kementerian Lombong. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda