Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    India periksa syarikat rempah selepas dakwaan pencemaran

    MUMBAI, 21 MEI – Lembaga rempah kerajaan India telah melancarkan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat terkemuka susulan larangan daripada negara asing berikutan tuduhan beberapa produk dicemari racun perosak, kata laporan media, hari ini.

    India adalah pengeluar rempah utama yang menyumbang kira-kira 12 peratus daripada eksport global, dengan jumlah keseluruhan AS$4.25 bilion tahun lalu, menurut Inisiatif Penyelidikan Perdagangan Global (GTRI).

    Lembaga Rempah India melancarkan pemeriksaan di kilang pemprosesan pengeluar terkenal MDH dan Everest yang bersama-sama membentuk lebih daripada satu perempat daripada pasaran India untuk memastikan mereka memenuhi piawaian global, lapor Economic Times.

    Kedua-dua syarikat menafikan rempah mereka menimbulkan risiko kesihatan dan MDH bulan lalu berkata dakwaan tersebut adalah ‘tidak benar dan tidak mempunyai sebarang bukti sokongan’.

    Minggu lalu Nepal menjadi bidang kuasa terbaharu untuk mengenakan larangan ke atas import dan penjualan beberapa produk rempah oleh kedua-dua jenama itu, berikutan sekatan yang dikenakan oleh Hong Kong dan Singapura.

    Seorang wanita membeli paket rempah MDH dan Everest di sebuah kedai di Amritsar, kelmarin. – AFP

    Sekatan dikenakan selepas ujian mengesan terdapat etilena oksida, menurut laporan media.

    Selain penggunaannya sebagai racun perosak, etilena oksida digunakan sebagai agen pensterilan dalam rempah untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh bakteria salmonella dan E.coli.

    Pendedahan berterusan kepada sebatian yang tidak berwarna dan tidak berbau itu meningkatkan ‘risiko kanser sel darah putih’, menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS).

    Tiada maklum balas segera dari Lembaga Rempah dan laporan media tidak menyatakan dengan tepat bila pemeriksaan kilang bermula.

    Namun, pemeriksaan yang dilaporkan ini dibuat selepas lembaga tersebut awal bulan ini mengarahkan pengeksport untuk ‘memeriksa bahan mentah, bantuan pemprosesan, bahan pembungkusan dan barang siap’ untuk pencemaran etilena oksida.

    Ia menggesa pengeluar untuk mengelakkan penggunaan etilena oksida untuk pensterilan dan beralih kepada ‘kaedah alternatif’ termasuk wap. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...