Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    India rancang bina stesen angkasa menjelang 2040

    NEW DELHI, 18 OKT – India merancang untuk menghantar seorang lelaki ke bulan dan menubuhkan stesen angkasa menjelang 2040, kata Perdana Menteri, Narendra Modi, ketika negara itu meningkatkan program angkasanya.

    Pengumuman perdana menteri itu dibuat ketika negara yang paling ramai penduduk di dunia bersedia untuk ujian penerbangan utama bagi misi angkasa bersama kru pertamanya pada Sabtu.

    Modi memberitahu pegawai agensi angkasa bahawa mereka ‘sepatutnya memperluaskan kejayaan inisiatif angkasa India’.

    Negara itu “kini sepatutnya menyasarkan matlamat baharu dan bercita-cita tinggi, termasuk menubuhkan Stesen Bharatiya Antariksha (Stesen Angkasa India) menjelang 2035 dan menghantar lelaki India pertama ke bulan menjelang 2040,” katanya dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

    Modi meminta mereka untuk membangunkan rancangan untuk ‘siri misi’ ke bulan.

    India menjalankan operasi angkasa bajet rendah. Pada bulan Ogos, negara itu menjadi yang pertama mendaratkan kapal angkasa berhampiran kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai dan sebulan kemudian, berjaya melancarkan kapal angkasa untuk mengamati lapisan terluar Matahari.

    Pada 2014, India menjadi negara Asia pertama yang meletakkan satelit ke orbit sekitar Marikh, dan agensi angkasanya Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) melancarkan 104 satelit dalam satu misi pada 2017.

    Tumpuan semasa India kekal pada misi bersama kru pertamanya ke angkasa lepas, yang dipanggil Gaganyaan atau Skycraft. – AFP

    Perdana Menteri India Narendra Modi (kiri) menyambut Presiden Tanzania Samia Suluhu Hassan, sebaik tiba di istana presiden India, di New Delhi, India pada 9 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...