Wednesday, April 30, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu tertua Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun

    GIFU, 29 APRIL – Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan kelmarin.

    Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu, lapor Kyodo News memetik kementerian dan sumber lain.

    Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas, selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu.

    Kini, orang tertua di Jepun ialah Mine Kondo, 114 tahun, yang menetap di Kota, Wilayah Aichi. – Bernama

    Okagi Hayashi meninggal dunia akibat kegagalan jantung. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda