Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Inflasi UK cecah tahap tertinggi

    LONDON, 16 NOV – Inflasi Britain telah melonjak ke tahap tinggi 41 tahun disebabkan kos makanan dan tenaga yang meningkat ketika dibelenggu krisis sara hidup yang bertambah buruk, menurut data yang keluar hari ini.

    Indeks Harga Pengguna mencecah 11.1 peratus pada Oktober, tahap tertinggi sejak 1981, kata Pejabat Statistik Negara (ONS) dalam satu kenyataan.

    Ia dibandingkan dengan 10.1 peratus pada September, yang menyamai tahap tersebut pada Julai dan telah pun mencecah rekod tertinggi dalam 40 tahun.

    Kos bahan api domestik naik sekali lagi meskipun pembekuan harga minyak oleh kerajaan UK ketika pasaran berdepan lebih banyak kesan sampingan berpunca daripada serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Angka Oktober mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 10.7 peratus dan adalah lebih tinggi daripada ramalan Bank England.

    “Harga gas dan elektrik yang meningkat mendorong inflasi mencecah tahap tertinggi selepas 40 tahun, meskipun Jaminan Harga Tenaga dari kerajaan UK,” kata ketua ekonomi ONS Grant Fitzner.

    Dalam tempoh setahun, harga gas telah naik sebanyak 130 peratus dan harga elektrik meningkat sebanyak 66 peratus, menurut ONS.

    Menteri Kewangan Jeremy Hunt dijangka menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan pada pembentangan belanjawan esok, meskipun berdepan krisis sara hidup, ketika Perdana Menteri Rishi Sunak berusaha menyelesaikan kemelut ekonomi yang dicetuskan pemimpin sebelumnya Liz Truss. – AFP

    Orang ramai berjalan di depan kedai cenderamata di Oxford Street, London pada 11 November 2022. Inflasi UK meningkat ke tahap tertinggi 41 tahun pada Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...