Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air

    KUALA LUMPUR, 27 MEI – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.

    Beliau berkata seorang penumpang yang cedera dalam insiden gelora udara ekstrem itu sudah dibenarkan keluar hospital dan menunggu proses dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

    “Tujuh lagi rakyat Malaysia, masing-masing dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan di Hospital Samitivej Sukhumvit sudah dipindahkan ke wad biasa dan berada dalam keadaan stabil.

    “Seorang lagi rakyat Malaysia yang juga kru pesawat SQ321 SIA dan turut terjejas dalam insiden berkenaan akan melakukan penerbangan ke Singapura, hari ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Mohamad berkata Kementerian Luar melalui Pejabat-pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Bangkok akan terus memantau perkara itu dan sedang berusaha membantu semua mangsa terlibat terutama bagi mempermudah urusan pulang ke tanah air.

    Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata kementerian belum menerima sebarang maklum balas mengenai jemaah dari Malaysia diarah meninggalkan Mekah, Arab Saudi susulan tidak memiliki dokumen lengkap mahupun visa haji.

    “Malawakil di Riyadh dan Jeddah sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan, terutama Lembaga Tabung Haji.

    Kita sentiasa bersedia memberikan bantuan konsular bagi mempermudah pergerakan jemaah Malaysia jika berlaku sebarang perkara luar jangka,” katanya. – Bernama

    Gambar AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Mangsa terselamat kapal karam berdepan pertuduhan di mahkamah Malaysia

    KUALA LUMPUR, 19 NOV – Seramai 11 mangsa terselamat...

    Chen Xing, Xiao Yue berlepas ke Malaysia

    KUALA LUMPUR, 18 NOV – Pasangan panda gergasi dari...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...