Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Instagram kini tidak dapat diakses di Rusia

    MOSCOW, 14 MAC – Instagram tidak lagi dapat diakses di Rusia hari ini selepas Moscow menuduh syarikat induknya, Meta membenarkan panggilan bagi keganasan ke atas warga Rusia, termasuk tentera, dalam platformnya.

    Langkah itu muncul selepas Facebook dan Twitter disekat pada awal Mac sebagai sebahagian daripada usaha pantas Moscow untuk mengawal maklumat yang ada kepada penduduk Rusia tentang operasi tenteranya di Ukraine.

    Pengawal selia media Rusia, Roskomnadzor kemudian menyenaraikan Instagram dalam senarai sumber online ‘dihadkan’.

    Aplikasi Instagram tidak dikemaskinikan tanpa VPN, kata jurnalis AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda