Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Insurans ditiadakan, operasi sempadan dilanjutkan

    Jawatankuasa Pandu COVID-19 telah memaklumkan mengenai pengemaskinian langkah-langkah pengawalan COVID, termasuk ketidakperluan untuk mempunyai insurans perjalanan perubatan bagi perjalanan keluar dan masuk, serta perubahan waktu operasi pos-pos kawalan darat.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dalam Sidang Media COVID-19 Negara Brunei Darussalam pada hari ini mengumumkan bahawa bermula pada 1 Disember ini, Rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam termasuk warganegara asing yang berkeinginan untuk membuat perjalanan keluar dan masuk ke negara ini melalui darat, laut dan udara tidak lagi dimestikan untuk mempunyai insurans perjalanan perubatan yang meliputi COVID.

    Pos Sempadan Darat di Brunei akan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga hingga 10:00 malam bermula pada 1 Disember ini.

    Yang Berhormat Pehin juga menambah bahawa rakyat Negara Brunei Darussalam yang hendak membuat perjalanan keluar negara adalah juga digalakkan untuk memaklumkan kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mengenai butiran perjalanan keluar negara dengan mendaftarkan maklumat tersebut melalui MFA e-Register di laman sesawang Kementerian berkenaan.

    Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa waktu operasi pos-pos kawalan darat iaitu Pos-Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Labu, Ujong Jalan dan Kuala Lurah yang pada masa ini beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam, akan diubah menjadi bermula jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.

     

    Ikuti berita lanjut pada edisi Selasa Media Permata

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...