Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ipswich kejutkan Chelsea

    IPSWICH, 31 DIS – Enzo Maresca mengakui Chelsea tidak sepatutnya memikirkan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana selepas Ipswich menewaskan The Blues 2-0 di Portman Road, kelmarin.

    Pasukan Maresca dikejutkan dengan sepakan awal penalti, Liam Delap, dan gol separuh masa kedua daripada bekas pemain sayap Chelsea, Omari Hutchinson.

    Kekalahan kedua berturut-turut Chelsea selepas kekalahan pada Boxing Day menentang Fulham menyebabkan pasukan itu belum memperolehi kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.

    Pasukan yang berpangkalan di London itu muncul sebagai pesaing kejuaraan yang mengejutkan selepas kemenangan dalam lapan perlawanan di semua pertandingan.

    Tetapi Maresca telah menegaskan sepanjang tempoh itu, skuad Chelsea yang kurang pengalaman masih kekurangan kualiti permainan yang diperlukan untuk memenangi gelaran pada musim pertamanya selepas dia tiba dari Leicester.

    Ramalan pemain Itali itu tepat selepas keputusan mengejut di Suffolk yang menjadikan Chelsea berada di tempat keempat, 10 mata di belakang pendahulu Liverpool, yang mempunyai baki satu perlawanan.

    “Kami fokus dalam setiap perlawanan. Akan tetapi kami tidak memfokuskan pada persaingan kejuaraan atau perkara yang berkaitan dengannya,” kata Maresca.

    “Ia adalah permainan yang penuh teka-teki. Kami mempunyai banyak peluang dan kami boleh melakukan banyak perkara di samping bertahan dengan lebih baik dalam beberapa ketika.

    “Sekarang kami telah menamatkan bahagian pertama musim ini, tiada siapa menjangka kami berada pada kedudukan sekarang. Ia adalah persaingan yang panjang,” tambahnya. – AFP

    Reaksi Hutchinson bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola di Ipswich, England pada 30 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda