Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Iran beri amaran tindak balas Israel

    TEHRAN, 16 APRIL – Presiden Ebrahim Raisi telah memberi amaran kepada Israel bahawa ia akan menghadapi ‘tindak balas yang lebih teruk’ jika ia bertindak walau ‘sedikit’ sebagai reaksi terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran.

    Serangan Iran ke atas Israel yang bermula pada Sabtu, adalah sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Tehran di Damsyik pada 1 April lalu.

    Serangan itu meranapkan bangunan konsular lima tingkat kedutaan Iran dan turut membunuh tujuh Pengawal Revolusi, dua daripadanya jeneral.

    “Kami dengan tegas mengisytiharkan bahawa tindakan walau sedikit pun terhadap kepentingan Iran pasti akan disambut dengan tindak balas yang teruk, meluas dan menyakitkan,” kata Raisi dalam panggilan kelmarin dengan Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

    Raisi mengulangi bahawa Iran bertindak ‘mempertahankan diri’ dan operasi itu menyasarkan pangkalan Israel yang menyerang konsulat Iran.

    Beliau turut mengkritik sokongan beberapa kerajaan Barat terhadap Israel.

    Ketua angkatan tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi kelmarin berikrar untuk bertindak balas terhadap serangan Iran, walaupun dihalang oleh pemimpin dunia kerana bimbang akan konflik yang lebih meluas.

    Sebahagian besar senjata Iran ditembak jatuh dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu lain dan hanya mengakibatkan kerosakan yang minimum, menurut tentera Israel.

    Iran berkata ia telah memaklumkan kepada AS dan memberikan amaran 72 jam kepada negara jiran sebelum melancarkan serangan ‘terhad’ ke atas Israel. – AFP

    Sistem peluru berpandu pertahanan Iron Dome milik Israel yang digunakan untuk memintas roket di Ashkelon, Israel pada Ogos 2022. Iran memberi amaran kepada Israel supaya jangan bertindak balas atas serangannya pada 14 April lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...