Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    NASA: Objek misteri sah dari stesen angkasa

    WASHINGTON, 16 APRIL – Objek yang terhempas dari langit ke rumah seorang lelaki Amerika adalah serpihan yang dibuang dari Stesen Angkasa Antarabangsa, NASA mengesahkan kelmarin.

    Kisah aneh itu terbongkar bulan lalu apabila Alejandro Otero dari Naples, Florida, menyiarkan pada X bahawa barang logam ‘terhempas ke bumbung dan (melalui) dua tingkat rumahnya, hampir terkena anaknya, pada 8 Mac lalu.

    Ia berlaku pada masa dan lokasi yang hampir sama dengan ramalan rasmi pembakaran atmosfera serpihan palet kargo yang membawa bateri lama yang dibuang dari pos orbit pada tahun 2021, menjadikannya berkemungkinan besar mempunyai kesepadanan, menurut pemerhati angkasa.

    NASA, yang kemudiannya mengumpul objek daripada Otero untuk analisis, mengesahkan dalam catatan blog baharu bahawa ramalan itu benar.

    “Berdasarkan pemeriksaan, agensi tersebut menentukan serpihan itu adalah tiang daripada peralatan sokongan penerbangan NASA yang digunakan untuk memasang bateri pada palet kargo,” katanya.

    “Objek itu diperbuat daripada aloi logam Inconel, seberat 0.7 kilogram, mempunyai ketinggian 10 sentimeter dan diameter 1.6 inci.”

    Agensi angkasa Amerika Syarikat juga berjanji untuk menyiasat bagaimana serpihan itu gagal dimusnahkan sepenuhnya di atmosfera, sambil menambah ia akan mengemas kini model kejuruteraannya dengan sewajarnya.

    “NASA kekal komited untuk beroperasi secara bertanggungjawab di orbit bumi rendah, dan mengurangkan sebanyak mungkin risiko untuk melindungi orang di bumi apabila perkakasan angkasa mesti dikeluarkan,” katanya. – AFP

    Gambar tanpa tarikh yang disediakan oleh NASA ini menunjukkan sebahagian daripada serpihan angkasa lepas daripada peralatan yang dibuang di Stesen Angkasa Antarabangsa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...