Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ismail Ang juara Piala Tek 2024

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 25 NOV – Para pemain dan pasukan tekbol dari seluruh negara telah bersaing Piala Tek 2024 dan Piala Cabaran Sekolah Menengah 2024 yang diadakan di Kompleks Sukan Mumong, Kuala Belait, kelmarin.

    Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Tekbol Brunei Darussalam dengan matlamat untuk terus meningkatkan kemahiran dan bakat tekbol dalam kalangan pemain serta pasukan di seluruh negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Ketua Jabatan Belia dan Sukan Daerah Belait, Gaung Jamit.

    Piala Tek 2024 diadakan dalam dua kategori, dengan lapan pemain bersaing dalam Kategori Perseorangan Lelaki dan lapan pasukan dalam Beregu Lelaki.

    Bagi Kategori Perseorangan lelaki, Ismail Ang muncul juara selepas menewaskan lawannya Muhd Adie Irwan bin Helminizam yang menduduki tempat kedua, manakala Mohd Hanis Hidayatullah bin Abdullah meraih tempat ketiga.

    Sementara itu, dalam Kategori Beregu Lelaki, Pasukan MS PPDB A gandingan Ismail Ang dan Abdul Hafi bin Saidin berjaya meraih tempat pertama.

    Sementara itu, dalam Piala Cabaran Sekolah Menengah 2024, empat peserta remaja bertanding dan menyaksikan Muhd Fakhri Wazif bin Mohd Azzalie dari Sekolah Menengah Berakas meraih tempat pertama, diikuti Mohd Nurismawi bin Mohd Rizal dari Sekolah Menengah Katok menduduki tempat kedua dan Akmal Naufal bin Abdullah Amaluddin dari Sekolah Menengah Perdana Wazir di tempat ketiga.

    Gaung Jamit dan para pemenang bergambar ramai semasa kejohanan berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda