Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ispace Tokyo sasar syarikat pertama mendarat di bulan

    TOKYO, 25 APRIL – Sebuah syarikat Jepun akan mencuba apa yang tidak pernah dilakukan oleh perniagaan swasta lain iaitu mendarat di bulan.

    Syarikat ispace Tokyo menghantar kapal angkasanya ke orbit untuk mengelilingi bulan pada bulan lalu. Hari ini, pengawal penerbangan akan mengemudi kapal, yang digelar Hakuto, bermaksud ‘arnab putih’ dalam bahasa Jepun, turun dari 100 kilometer ketinggian dan mendarat.

    Pendarat berukuran 7 kaki itu membawa rover lunar mini untuk Emiriah Arab Bersatu dan robot seperti mainan dari Jepun yang direka untuk bergerak dalam debu bulan.

    Hakuto mengambil laluan yang jauh ke bulan selepas pelancarannya pada bulan Disember, memancarkan foto kembali ke bumi di sepanjang jelajah tersebut.

    Hanya tiga negara yang berjaya mendarat di bulan iaitu Rusia, Amerika Syarikat dan China.

    Sebuah organisasi persendirian Israel cuba mendarat di bulan pada 2019, tetapi kapal angkasanya musnah akibat terkena impak. – AP

    Gambar disediakan oleh ispace pada April 2023 menunjukkan seorang juruteknik bekerja pada kapal angkasa Hakuto di Jepun. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda