Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Israel mula banjiri terowong Hamas

    SEMENANJUNG GAZA, 31 JAN – Tentera Israel mula membanjiri rangkaian terowong Hamas ketika pertempuran bertambah sengit di Gaza, dengan PBB memberikan amaran tentang potensi ‘keruntuhan sistem kemanusiaan’ di wilayah itu selepas perselisihan pembiayaan melibatkan agensi bantuan Palestinnya.

    Tumpuan pertempuran dalam beberapa minggu kebelakangan ini ialah Khan Younis, bandar utama di selatan Gaza, di mana kawasan yang luas telah menjadi tanah terbiar berlumpur dengan bangunan yang musnah akibat dibom, dan di mana seorang wartawan AFP menyaksikan orang ramai meninggalkan bandar kelmarin ketika letupan kedengaran berhampiran.

    “Kami meninggalkan hospital Nasser tanpa sebarang tilam, di bawah serangan kereta kebal dan udara. Kami tidak tahu hendak pergi ke mana,” kata seorang wanita muda. “Kami berada di luar dalam kesejukan, dibiarkan untuk menjaga diri sendiri, tanpa khemah dan tiada apa-apa untuk hidup.”

    Di kawasan lain di bandar itu, tentera Israel memberikan wartawan lawatan ke terowong yang menurut mereka telah digunakan sebagai pusat komando Hamas.

    “Setiap peperangan mempunyai ciri-ciri tersendiri, dan saya fikir peperangan ini, sifat asasnya adalah mengenai taktik di atas dan bawah tanah,” kata Dan Goldfus, komander Divisyen Pasukan Payung Terjun ke-98, kepada pemberita di luar terowong. “Saya rasa musuh sedang melarikan diri dan cuba menyembunyikan diri dalam kalangan orang awam sebanyak yang mungkin,” tambahnya.

    Tentera Israel, yang menggelar rangkaian terowong yang luas itu sebagai ‘metro Gaza’, berkata kelmarin ia telah mula membanjiri kompleks bawah tanah itu dalam usaha untuk ‘meneutralkan ancaman rangkaian bawah tanah Hamas’. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...