Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Israel, Palestin capai gencatan senjata

    GAZA, 14 MEI – Gencatan senjata berkuat kuasa di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza selepas lima hari pertempuran antara tentera Israel dan pejuang Jihad Islam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin dan dua rakyat Israel.

    Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada jam 10 malam waktu tempatan, kata sumber Mesir dan Palestin.

    Puluhan bedilan roket dilepaskan dari Gaza ke arah Israel menjelang 30 minit sebelum gencatan senjata, bagaimanapun ia digagalkan oleh pasukan tentera udara Israel.

    Tentera Israel berkata dua roket dibedil dari Gaza selepas jam 11 malam.
    Sementara itu, pegawai keselamatan Mesir berkata cadangan gencatan senjata terbaharu itu dipersetujui antara Israel dan kumpulan Jihad Islam.

    Pejabat Perdana Menteri Israel dalam kenyataan pula berkata Penasihat Keselamatannya, Tsahi Hanegbi, berterima kasih kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, selain menyatakan penghargaan Israel atas usaha gigih Mesir mengadakan gencatan senjata.

    “Respons Israel terhadap inisiatif Mesir memberi maksud ‘pihaknya akan bertenang, sebaliknya akan terus melakukan semua yang perlu untuk mempertahankan diri jika Israel diserang atau diancam,” katanya.

    Sementara itu, pegawai bahagian politik Jihad Islam, Mohammad al-Hindi mengesahkan gencatan senjata itu dipersetujui mereka, selain berterima kasih kepada Mesir yang berusaha ke arah usaha gencatan senjata berkenaan. – AFP

    Asap dan api kelihatan selepas serangan udara Israel yang menyasarkan bangunan milik pegawai Jihad Islam di Gaza kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...