Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ISRO tamat ujian teknologi RLV

    NEW DELHI, 24 JUN – Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) kelmarin telah menamatkan demonstrasi teknologi kenderaan pelancar boleh digunakan semula (RLV) dengan menjalankan ujian ketiga dan terakhir Pendaratan Eksperimen (LEX) secara berturut-turut, menurut kenyataan rasmi agensi angkasa tersebut.

    Ujian LEX ketiga dan terakhir itu dijalankan di Aeronautical Test Range di Chitradurga, Karnataka.

    “RLV LEX-03 telah menunjukkan semula keupayaan pendaratan autonomi RLV di bawah keadaan pelepasan yang lebih mencabar dan keadaan angin yang lebih teruk,” kata ISRO dalam kenyataan tersebut.

    Kenderaan bersayap itu, yang dinamakan Pushpak, dilepaskan dari helikopter Chinook milik Tentera Udara India pada ketinggian 4.5 km.

    Pushpak secara autonomi menjalankan latihan pembetulan silang, menghampiri landasan dan melakukan pendaratan mendatar yang tepat, menurut kenyataan tersebut.

    Menurut ISRO, misi itu akan mengukuhkan kepakaran mereka dalam memperoleh teknologi paling kritikal yang diperlukan untuk pembangunan RLV. – Xinhua

    Seorang pengunjung melihat model RLV yang dipamerkan di Ekspo Penerbangan Angkasa Manusia anjuran ISRO di Bangalore. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda