Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ITPSS beramal bangunkan perisian untuk YASKA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), baru-baru ini, telah menerima bantuan daripada IT Protective Security Services (ITPSS) untuk mewujudkan pendaftaran data bagi kanak-kanak yang mengidap kanser.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan ITPSS, aplikasi perisian berkenaan dibangunkan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan di ITPSS yang diketuai oleh Isyrah Fahmi Osman sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial.

    Aplikasi baharu berkenaan telah disampaikan di kepada Konsultan Onkologi Pediatrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr Hajah Norehan binti Haji Johari dan Naib Pengerusi YASKA, Dayang Tsara’ Nawwarah binti Abdullah Chen.

    Kenyataan menjelaskan, aplikasi berkenaan membolehkan YASKA untuk menyimpan pendaftaran data terperinci bagi setiap pesakit kanser kanak-kanak termasuk butiran mengenai diagnosis dan data rawatan.

    Ia bertujuan untuk memperbaiki penjagaan pesakit di hospital dan pada masa yang sama memfokuskan terhadap proses pentadbiran, penyelidikan klinikal dan pendidikan profesional.

    Dr Hajah Norehan (kiri) dan Dayang Tsara’ Nawwarah (dua dari kiri) bergambar ramai bersama pasukan dari ITPSS. – Gambar serahan ITPSS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda