Pelakon Izara Aishah mengesahkan dirinya kini sedang sarat hamil dan memberitahu dia bakal melahirkan anak keduanya itu bulan hadapan.
Menurut Izara, 30, dia bukan mahu menyembunyikan berita kehamilan pada peringkat awal susulan rakan terdekat sudah pun tahu sebelum ini, kongsi portal media hiburan.
Namun mereka menghormati situasinya ketika itu.
“Sebenarnya hantaran yang saya buat baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk memaklumkan hal tersebut (kehamilan) kepada umum. Cuma fizikal sebagai ibu hamil itu kian ketara dan ada juga yang bertanya.
“Jadi secara kebetulan saya menghadiri sebuah majlis dan berkongsi momen ketika berada di sana. Sebelum ini pun kalau ada yang tanya, saya jawab.
“InsyaAllah kalau diikutkan, saya bakal bersalin sama ada hujung bulan ini atau awal bulan hadapan,” katanya kepada Media Hiburan.
Pengasas jenama IzaraWorld ini turut menjelaskan, dia hanya mengetahui berita gembira itu selepas beberapa bulan.
“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja,” katanya. – Media Hiburan