Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Pengasas produk Mustika Ratu meninggal dunia

    Pengasas produk kecantikan terkenal Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo telah dilaporkan meninggal dunia pagi tadi pada usia 96 tahun.

    Khabar tersebut disahkan sendiri oleh Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam Korporat Mustika Ratu, Mega Angkasa kepada pihak media tempatan.

    “Telah meninggal dunia dengan aman Puan Dr Hajah BRA Mooryati Soedibyo pada hari Rabu, jam 1:00 WIB pagi 24 April 2024 pada usia 96 tahun,” tulis pesan yang disampaikan oleh Mega.

    Memetik laporan MH, jenazah akan berada di rumah duka di kawasan Menteng, Pusat Jakarta. Kemudiannya jenazah dikuburkan di Tapos, Bogor sesudah waktu Zohor.

    Imbas kembali, Mooryati Seodibyo merupakan cucu kepada Raja Kasunanan Surakarta Paku Buwono X. Kecintaannya terhadap dunia kecantikan bermula apabila dia terbiasa menghias diri bersama puteri-puteri keraton yang lain.

    Mengusahakan perniagaan kecantikan sejak 1973, pada awalnya allahyarhamah bermula di rumah sahaja sambil dibantu dua pembantu rumah.

    Seiring dengan waktu, daripada hanya dua pekerja berkembang menjadi 50 orang pekerja dan pada 1976, wanita hebat ini memulakan sebuah salun dengan nama Pusat Rawatan Kecantikan Tradisional.

    Selain peniagaan tersebut, allahyarhamah juga merupakan pemilik Yayasan Puteri Indonesia yang merupakan sebuah organisasi pemilik pertandingan ratu cantik tertua di negara itu. – Agensi

    Mooryati Soedibyo meninggal dunia pada usia 96 tahun. – okezone.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...