Thursday, May 2, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    ‘Jadikan kekalahan sebagai pemacu’

    MUNICH, 18 APRIL – Mikel Arteta telah menggesa Arsenal untuk menggunakan keperitan akibat kekalahan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich sebagai pemacu dalam cubaan merebut gelaran Liga Perdana.

    Pasukan kendalian Arteta gagal mara ke separuh akhir pertama sejak 2009 selepas tandukan Joshua Kimmich pada separuh masa kedua memberikan Bayern kemenangan 1-0 pada pusingan timbal balik dengan agregat 3-2.

    Ia merupakan malam yang pahit di Munich buat Arteta dan pemainnya yang mengimpikan untuk membawa Arsenal meraih trofi Liga Juara-Juara sulung mereka.

    Selepas prestasi cemerlang yang membawa mereka ke puncak Liga Perdana dan ke peringkat lapan terakhir Liga Juara-Juara, Arsenal telah mengalami minggu mimpi ngeri.

    Mereka berada di bawah prestasi terbaik dalam pusingan pertama selepas seri 2-2 dengan Bayern, kemudian menyerahkan tempat pertama dalam Liga Perdana susulan melepaskan dua gol lewat dalam kekalahan 2-0 di tempat sendiri menentang Aston Villa Ahad lalu.

    Selepas mempamerkan satu lagi persembahan yang kurang memberangsangkan di Jerman, Arteta perlu mencari jalan untuk menaikkan semangat pasukannya yang hancur pada masanya untuk merebut gelaran Liga Perdana. – AFP

    Aksi William Saliba (kiri) semasa perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Juara-Juara antara Bayern di Allianz Arena di Munich, Jerman pada 17 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...