Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga bapa sakit di hospital, Baim Wong dituduh cuba raih simpati

    Pelakon Baim Wong berkongsi khabar sedih mengenai keadaan bapanya yang kini dirawat di hospital akibat masalah kesihatan.

    Menerusi hantaran di Instagram, Baim berjanji untuk menemani dan tidak akan membiarkan bapanya iaitu Johny Wong bersendirian di hospital.

    “Selalu masa kecil, minta papa doakan saya setiap kali pergi sekolah. Baim pulang dulu pa, esok saya datang lagi,” katanya.

    Berserta kapsyen, Baim turut memuat naik foto memperlihatkan bapanya mengusap kepalanya itu.

    Perkongsian berkenaan bagaimanapun mengundang kata-kata jahat warga maya sehingga ada mendakwa Baim sengaja cuba menagih simpati orang ramai.

    Bapa Baim dirawat di hospital kerana akibat masalah kesihatan. – mStar

    Malah ada yang menganggap kesakitan dialami Johny sebagai balasan perbuatan jahat Baim terhadap isterinya iaitu Paula Verhoeven.

    “Dia memang terpaling play victim, pura-pura baik sengaja nak orang simpati dengan dia!

    “Disebabkan dosa kamu pada Paula dan anak-anak, ayah kamu yang terpaksa menanggung kesakitan sebagai balasan.

    “Pakcik, tolonglah ruqyah anak pakcik itu. Dah melampau betul dia tindas isteri dia,” komen warganet.

    Kisah perkahwinan Baim mula menjadi bualan hangat selepas dia memfailkan cerai terhadap Paula pada 7 Oktober lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda