Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga jarak di tempat kerja

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Pada Fasa Awal Endemik ini, orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) selain memakai pelitup muka, melakukan penjarakan sosial semasa berada di tempat awam.

    Selain itu, premis dan bangunan kerajaan beroperasi dengan 75 peratus kapasiti premis atau yang mana lebih rendah dan melihat kepada keluasan ruang yang digunakan.

    “Sekiranya had kapasiti premis dapat memuatkan 50 orang dan kakitangan hanya ada 50 orang, maka semua kakitangan dibenarkan kembali bekerja kerana ia memenuhi had kapasiti premis. Namun hendaklah mempunyai jarak sekurang-kurangnya 1.5 meter,” ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa memberi respons terhadap syarikat yang membenarkan pekerja kembali bertugas 100 peratus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda