Monday, March 10, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalin serat pisang jadi kraf tangan menarik

    MUKONO – Pokok pisang yang dipenggal hampir tidak berguna, ia menjadi sulit kepada petani yang terpaksa mencabutnya dan meletakkan bahagian yang dipotong sebagai jerami.

    Tetapi bolehkah batang tersebut dihidupkan semula? Ya, menurut sebuah syarikat Uganda yang membeli batang pisang dalam perniagaan yang me-ngubah seratnya menjadi kraf tangan yang menarik.

    Idea ini adalah inovatif serta mampan di negara Afrika Timur. Uganda mempunyai kadar penggunaan pisang tertinggi di dunia dan merupakan pe-ngeluar utama tanaman di Afrika.

    Terutama di kawasan luar bandar, pisang boleh menyumbang sehingga 25 peratus daripada pengambilan kalori harian, menurut angka dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Di Uganda, memakan pisang dalam banyak cara merujuk kepada adat dan tradisi tempatan bagi kebanyakan orang, suatu hidangan tidak lengkap tanpa hidangan matooke, perkataan tempatan bagi bubur rebus berkanji yang diperbuat daripada kultivar pisang yang dituai dan dimasak mentah.

    Derick Nsembe mengupas batang pisang bagi mengekstrak benang serat pisang di bengkel Tupande Holdings Ltd, di kampung Kiwenda, Busukuma, Daerah Wakiso. Uganda. – Gambar AP
    Pengurus Texfad, John Baptist Okello memeriksa permaidani buatan tangan yang ditenun daripada benang gentian pisang, di kilang Texfad di Sonde, Daerah Mukono, Uganda. – Gambar AP
    Rambut palsu gentian pisang dan penutup lampu yang dipamerkan di Bilik Pameran Texfad di Kira, Daerah Wakiso, Uganda. – Gambar AP
    Kakitangan pemasaran dan jualan untuk Texfad, Beatrice Namawejje memaparkan produk serat pisang, di bilik pameran Texfad di Kira, Daerah Wakiso, Uganda. – Gambar AP

    Untuk menuai tanaman itu, batangnya mesti dipenggal dan di ladang terbesar pemandangan itu kelihatan begitu ganas selepas menebangnya secara besar-besaran.

    Batangnya itu akan busuk dengan sendirinya di ladang terbuka.

    Tetapi perniagaan tempatan TEXFAD, yang menggambarkan dirinya sebagai kumpulan pengurusan sisa, kini merebut peluang daripada banyak batang pisang yang reput itu untuk mengekstrak serat pisang yang diubah menjadi barang yang termasuk sambungan rambut untuk wanita.

    John Baptist Okello, pengurus perniagaan TEXFAD, memberitahu The Associated Press bahawa perniagaan itu masuk akal di negara di mana petani sedang mengalami masalah dengan jutaan tan sisa pisang.

    Syarikat itu, bekerjasama dengan tujuh kumpulan petani yang berbeza di barat Uganda, membayar AS$2.70 untuk satu kilogram (lebih daripada dua paun) serat yang telah dikeringkan.

    David Bangirana, ketua salah satu kumpulan tersebut di daerah Sheema di barat Uganda, berkata hanya sebahagian kecil batang dalam pokok yang telah dipenggal digunakan untuk serat. Dan “sisa-sisa tersebut dikembalikan selepas kerja mesin kepada petani digunakan sebagai baja,” katanya.

    Kumpulannya sedang berusaha untuk meningkatkan kemampuan bagi menghasilkan produk siap pakai, katanya.

    TEXFAD juga mengambil bahan daripada pihak ketiga, Tupande Holdings Ltd., yang lorinya menghantar batang pisang daripada petani di tengah Uganda.

    Pekerja Tupande menyusun batang pisang, mencari yang diinginkan. Mesin kemudian mengubah serat itu menjadi benang-benang kecil.

    Aggrey Muganga, ketua pasukan di Tupande Holdings Ltd., berkata syarikatnya berurusan dengan lebih 60 petani yang secara berterusan membekalkan bahan mentah yang banyak.

    Jumlah itu hanya sebahagian kecil daripada apa yang terdapat di negara yang mempunyai lebih daripada sejuta hektar ditanam dengan pisang.

    Pengeluaran pisang telah meningkat secara beransur-ansur selama ini, meningkat daripada 6.5 tan metrik pada 2018 kepada 8.3 tan metrik pada 2019, menurut angka dari Biro Statistik Uganda.

    “Kami mengekstrak benang serat daripada kulit batang. Jadi sumbangan kami dalam rangkaian nilai ialah kami memberikan pendapatan tambahan kepada petani.

    Kami mengubah sisa ini menjadi sesuatu yang bernilai yang kami jual kepada rakan kongsi kami yang juga membuat produk,” kata Muganga.

    Di sebuah kilang di sebuah kampung di luar Kampala, ibu negara Uganda, TEXFAD memberi kerja lebih daripada 30 orang yang menggunakan tangan mereka untuk membuat barangan yang unik dan kerap menarik daripada serat pisang.

    Permaidani dan tudung lampu yang mereka hasilkan sangat menarik bagi pelanggan, dengan syarikat itu kini mengeksport beberapa produk ke Eropah.

    Barangan sedemikian mungkin kerana “serat pisang boleh menjadi lembut seperti kapas,” kata Okello.

    Bekerjasama dengan penyelidik, TEXFAD kini sedang mengambil langkah pertama dengan kain yang mungkin diperbuat daripada serat pisang. Walaupun kini boleh membuat tuala kertas dan pembalut wanita daripada serat pisang, syarikat itu belum mempunyai teknologi untuk membuat pakaian, katanya.

    Syarikat itu juga sedang merancang produk sambungan rambut yang dipercayai akan membantu mengurangkan produk sintetik yang dianggap merosakkan alam sekitar.

    Semua produk TEXFAD adalah biodegradasi, kata Faith Kabahuma, dari program pembangunan rambut pisang syarikat, yang menerangkan sambungan rambut yang telah berjaya dalam ujian dan akan segera boleh didapati di pasaran.

    “Masalah dengan serat sintetik, ia menyekat banyak tempat di mana sahaja awda pergi, walaupun awda pergi ke kebun sekarang awda akan menemui serat sintetik di sekelilingnya,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda