Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jam tangan mekanikal paling nipis dunia

    MOSCOW, 13 NOV – Seutas jam tangan mekanikal, ThinKing yang dibuat oleh pembuat jam tangan Konstantin Chaykin dari Rusia dengan hanya setebal 1.65 mm, menjadikannya jam tangan mekanikal paling nipis di dunia.

    Oddity Central melaporkan bahawa perlumbaan menghasilkan jam tangan paling nipis di dunia sudah pun berlangsung selama beberapa tahun, dengan beberapa jenama jam tangan paling berprestij di dunia cuba menggabungkan satu sama lain dengan reka bentuk yang mengagumkan.

    Yang terbaru untuk menuntut gelaran yang diidam-idamkan itu ialah pembuat jam tangan, Konstantin Chaykin dengan prototaipnya bergelar ThinKing, satu karya agung yang sangat nipis sehingga memerlukan gelang tangan khas.

    Binaan jam tersebut sangat halus sehingga tekanan mudah semasa memakainya sudah cukup untuk merosakkannya.

    Jadi tali khas yang diperbuat daripada kulit buaya dan sisipan elastik dengan titanium perlu dipasang padanya untuk menyerap hentakan, pergerakan berpusing dan melentur.

    Jam tangan paling nipis di dunia baharu itu menampilkan pelbagai inovasi teknikal, termasuk tong ultra nipis dan sistem dua roda pengimbangan, yang mengurangkan ketebalannya secara drastik dan menurunkan beratnya kepada 13.3 gram sahaja.

    Dengan hanya ketebalan 1.65 milimeter, ThinKing adalah 0.5mm lebih nipis daripada pemegang rekod sebelumnya malah lebih nipis daripada syiling Amerika.

    Untuk memecahkan rekod dunia, Konstantin Chaykin perlu memasukkan beberapa idea radikal ke dalam reka bentuknya, seperti tidak menggunakan mahkota (crown) klasik dan sebaliknya memaparkan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.

    Walaupun bentuknya yang nampak rapuh berbanding jam tangan konvensional, ThinKing sebenarnya diperbuat daripada jenis keluli tahan karat khas yang direka untuk menangani tekanan memakai setiap hari.

    Menariknya, jam tangan ultra nipis berkenaan adalah sangat mahal dan memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk mereka bentuk dan menghasilkannya seperti menggunakan bahan mahal, mesin yang sempurna, dan masa yang lama.

    Memakainya juga bukan perkara mudah kerana mudah rosak, jadi penjagaan yang sangat rapi diperlukan.

    Berbanding dengan jam tangan klasik lain, ThinKing tidaklah begitu popular di kalangan pengumpul. Jadi mengapa begitu banyak pembuat jam berlumba menghasilkannya?

    Ia sebenarnya hanyalah untuk menimbulkan semangat persaingan dan penambahbaikan kepada proses pembuatan jam tangan apabila rekaan prototaip sedemikian memberi inspirasi kepada falsafah dan seni reka bentuk jam tangan konvensional. – Agensi

    Jam paling nipis di dunia, ThinKing. – Oddity Central 
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda