Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan baharu Genoa dinaikkan

    GENOA, ITALI, 1 OKT – Setahun selepas jambatan lebuh raya Genoa roboh yang membunuh 43 orang, pekerja pada hari ini menaikkan jambatan pengganti sepanjang 50 meter yang direka oleh arkitek terkenal Renzo Piano.

    Siren berbunyi tatkala sebahagian besar dek dinaikkan oleh kren setinggi kira-kira 45 meter untuk diletakkan di antara dua tiang konkrit, yang pertama daripada 18 yang akan menyokong jambatan putih yang direka untuk menyerupai bahagian bawah kapal.

    “Pagi ini adalah istimewa. Ia bukan peletakan batu pertama, tetapi satu pelancaran. Sama dengan sebuah kapal, kecuali kali ini kami tidak memulakan pelayaran, tetapi naik ke atas,” kata Piano ketika beliau tiba di tapak.

    Penduduk asli Genoa itu, di mana beliau telah mereka bangunan termasuk Pusat Georges Pompidou di Paris dan The Shard di London, memberitahu pekerja pembinaan ‘supaya berhati-hati’ ketika mereka melakukan kerja ‘akrobatik’ menaikkan dek besar itu.

    Sebahagian daripada lebuh raya Morandi di utara bandar Itali roboh ketika hujan lebat pada 14 Ogos 2018, sekali gus menghumbankan berpuluh kereta dan trak ke landasan kereta api di bawah. – AFP

    Dek pertama jambatan baharu Genoa sedang dinaikkan ke kedudukannya pada 1 Oktober 2019 di Genoa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda