Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jangan guna ASEAN sebagai ‘proksi’ – Indonesia

    JAKARTA, 3 FEB – Indonesia memberitahu kuasa-kuasa besar untuk tidak menggunakan Asia Tenggara sebagai ‘proksi’ untuk persaingan-persaingan mereka, hari ini, pada permulaan rundingan dua hari antara menteri-menteri luar serantau, sambil turut menyeru perpaduan dan kemajuan dalam krisis Myanmar.

    Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu merupakan pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk 2023 dan akhir tahun ini akan menjadi tuan rumah mesyuarat tahunan pemimpin blok itu, yang biasanya turut disertai oleh China dan Amerika Syarikat (AS).

    Presiden Indonesia, Joko Widodo memberitahu menteri-menteri ASEAN dalam perbincangan sebelum mesyuarat hari ini bahawa “ASEAN tidak sepatutnya menjadi proksi bagi mana-mana pihak”, mengulangi seruan yang dibuatnya pada sidang kemuncak pemimpin ASEAN di Kemboja tahun lepas, kata Menteri Luar, Retno Marsudi.

    Isu lain yang mendominasi perbincangan ialah krisis di Myanmar yang diperintah oleh tentera, yang telah bergolak sejak tentera merampas kuasa pada 2021.

    Junta kekal sebagai anggota ASEAN tetapi telah dihalang daripada menghadiri sidang kemuncak peringkat tinggi kerana kekurangan kemajuan dalam rancangan blok itu untuk mencapai keamanan antara tentera dan gerakan anti-rampasan kuasa Myanmar.

    Menteri Luar Myanmar, Than Swe yang dilantik minggu ini, tidak hadir pada mesyuarat hari ini, blok itu enggan menjemput anggota junta dan hanya meminta ‘wakil bukan politik’, tawaran yang ditolak oleh Naypyidaw.

    Terdapat sedikit kemajuan dalam ‘konsensus lima perkara’ yang dipersetujui antara ASEAN dan junta pada April 2021 yang menyeru agar keganasan dihentikan segera dan dialog antara tentera dan pemberontak. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan Istana Presiden Indonesia menunjukkan Joko Widodo bergambar ramai bersama menteri-menteri luar ASEAN di Istana Merdeka, Jakarta, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...