Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Remaja UK kongsi kemahiran pengekodan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Secara global terdapat kekurangan calon dengan kemahiran digital dan dalam zaman teknologi ini, pengekodan merupakan satu kemahiran yang dicari-cari di mana-mana industri.

    “Kami teringin untuk membuka potensi yang ada pada kanak-kanak kita dan membolehkan mereka untuk berfikir secara logik serta kreatif supaya dapat menyelesaikan apa jua masalah.”

    Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies, Dayang Haslina Taib dalam kata alu-aluannya pada sesi bengkel dan ceramah yang berlangsung di Bangunan Rekaan dan Teknologi, Anggerek Desa, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di sesi berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh yang juga Pengarah Dynamik Technologies.

    Sesi bengkel dan ceramah itu dianjurkan oleh Dynamik Technologies bagi inisiatif Brunei Kids Can Code dengan menyokong Program Ekonomi Brunei.

    Dayang Haslina dan Dr Chin Wei Keh bergambar ramai pada sesi bengkel dan ceramah anjuran Dynamik Technologies. – Gambar serahan Dynamik Technologies

    Seramai 50 peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Brunei Kids Can Code dan ibu bapa serta penjaga mereka menghadiri acara yang bermatlamat untuk memberikan inspirasi kepada golongan belia untuk membangunkan kemahiran mereka supaya bersedia bagi masa hadapan seperti pengekodan dan pemikiran kritikal.

    Sesi bengkel dan ceramah itu dikendalikan oleh penceramah remaja undangan dari United Kingdom, Femi dan Alex Owolade-Coombes.

    Semasa ceramah itu, Femi menceritakan mengenai kisah perjalanannya yang belajar mengenai pengekodan dari usia seawal lapan tahun hingga kepada mengendalikan acara pengekodannya sendiri, menyampaikan bengkel mengenai pengekodan kepada penonton antarabangsa, menggunakan platform yang direkanya untuk membina sebuah komuniti yang inklusif dan pada masa yang sama, menunjukkan kuasa pengajaran dan pembelajaran sebaya.

    Selepas ceramah itu, pengekodan muda diberikan tunjuk ajar dalam sesi bengkel di mana mereka berpeluang untuk belajar dan mengerjakan aktiviti, Microbit Flood Detector, yang dikendalikan oleh Alex Owolade-Coombes.

    Dalam menyokong inisiatif Brunei Kids Can Code oleh Dynamik Technologies, Femi dan Alex juga menyumbangkan microbit daripada Microbit Educational Foundation.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...