Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan pandang enteng isu anjing liar

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Isu anjing liar yang dulunya dilihat hanya bertapak di kawasan tapak pembinaan, tapi kini kehadiran anjing-anjing liar boleh dilihat di mana-mana tidak kira di kawasan kampung ataupun kawasan kompleks membeli-belah.

    Melihat kehadiran haiwan berkenaan yang sudah semakin menjadi-jadi, seorang penduduk di Kampung Delima, Haji Duraman bin Haji Masdani berkata, kehadiran anjing-anjing tersebut menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada pengunjung kedai di kawasan Serusop malah kepada pelajar yang rutin harian mereka pergi dan balik melalui kawasan berkenaan.

    Katanya lagi, “Kehadiran haiwan itu bukan satu perkara baharu, malah menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat tinggal haiwan tersebut.

    “Walaupun di negara ini belum melaporkan sebarang kes rabies seperti di negara-negara lain, tapi kita perlu mengambil tindakan segera, jangan menunggu ada kes gigitan rabies baharulah bertindak,” tegasnya.

    Keadaan sama juga berlaku di kawasan Gadong Central di mana anjing-anjing yang tidak bertuan menjadikan kawasan kaki lima kedai sebagai tempat berehat dan tidur.

    Dalam perkara ini, beliau turut menyeru kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan segera kerana ditakuti akan berlaku perkara yang tidak diingini seperti yang pernah dilaporkan dahulu ketika kanak-kanak pulang dari sekolah yang diserang oleh anjing liar.

    Anjing terbiar berkeliaran di kawasan kaki lima kedai di salah satu lokasi perniagaan di ibu negara. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda