LAHORE, 2 FEB – Di wad kanak-kanak Pakistan, batuk dan radang paru-paru dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat akibat musim sejuk, ditambah lagi dengan kabus yang menyukarkan untuk bernafas dan kadar vaksinasi yang perlahan.
“Tolong doakan untuk anak saya,” ibu kepada pesakit radang paru-paru berusia empat bulan, Ibrahim, merayu kepada seorang jururawat di Lahore, sambil berhati-hati membetul-betulkan selimut di sekeliling tiub ventilator yang mengalirkan udara masuk dan keluar dari dadanya.
Kawasan timur bandar raya besar itu menjadi pudar setiap musim sejuk oleh paras asbutyang dinilai antara yang paling teruk di dunia.
Hujan biasanya membawa kelegaan, menyerap zarah-zarah pencemaran, tetapi Pakistan telah mengalami musim sejuk dan kering yang luar biasa, yang menjadikan kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan pernafasan, kata doktor.
Pada bulan Januari sahaja, lebih 18,000 kes radang paru-paru dan hampir 300 kematian dicatatkan di wilayah timur Punjab.
Sekitar separuh daripada kematian radang paru-paru kanak-kanak dikaitkan dengan pencemaran udara, menurut UNICEF.
Kerajaan wilayah melanjutkan cuti sekolah, memendekkan waktu kelas dan mewajibkan pelitup muka dalam usaha untuk melindungi kanak-kanak.
Bagaimanapun, Hospital Kanak-kanak di Lahore telah menerima ratusan kes setiap hari. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/02/P19-4D-WEB_03022024.jpg)