Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Janna Nick terkesan isu lelaki berpoligami

    Emosi pelakon Janna Nick terganggu apabila membaca berita mengenai pengakuan personaliti media sosial Alif Teega yang mengaku berkahwin dua Ahad lalu.

    Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata, berita berkenaan pasti akan menjentik hati mana-mana wanita terutamanya yang bergelar isteri.

    “Masa perjalanan pulang dari Famili Duo, saya tengah tengok TikTok dan baca berita yang membuatkan saya beremosi sebagai seorang isteri.

    “Semua wanita akan terasa dengan situasi sekarang, lagi-lagi perempuan yang kena tipu dengan suami. Semua akan terasa,” katanya.

    Janna meluahkan perkara itu dalam satu hantaran di TikTok miliknya.

    Janna berharap Dini tidak bersikap curang terhadapnya. – Agensi

    Dalam pada itu, Janna berkata, perasaan kurang senang itu bukan bererti dia mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga orang lain, lapor mStar.

    “Apa pun itu kehidupan orang, kita tak tahu apa berlaku dan saya tidak mahu menganggu kehidupan dan perkahwinan orang lain.

    “Kalau sebelum kahwin, saya tidak kisah. Selepas bergelar isteri, saya turut terkesan tapi bukan bermaksud saya nak menyibuk dalam hal rumah tangga orang,” jelasnya.

    Janna turut sempat meninggalkan pesan buat suami, pelakon Dini Schatzmann supaya berlaku jujur dan tidak bersikap curang di belakangnya.

    Kata Janna, jika suatu hari nanti Dini sudah tidak menyayanginya, dia berharap suaminya itu tidak berlaku curang sebaliknya berdepan dengannya dan berterus terang.– Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda