Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaringan Joselu bawa Madrid ke puncak La Liga

    GETAFE, 2 FEB – Joselu meledak dua gol sekali gus membantu Real Madrid melonjak ke puncak La Liga dengan kemenangan selesa 2-0 di Getafe kelmarin.

    Pasukan Carlo Ancelotti berada dua mata di hadapan pencabar kejuaraan yang mengejutkan, Girona selepas perlawanan yang tertangguh yang bermakna kedua-dua pasukan kini telah bermain 22 perlawanan.

    Pemain penyerang, Joselu, yang dipinjamkan dari Espanyol, meletakkan Madrid di depan pada separuh masa pertama dan menamatkan saingan pada awal babak kedua untuk mengawal lawan mereka yang berada di kedudukan tengah carta.

    Juara Piala Super Sepanyol itu mencipta pelbagai peluang tetapi tidak dapat melebarkan jaringan dalam pertembungan derbi beberapa kilometer di selatan ibu negara Sepanyol itu.

    Madrid mendahului pesaingnya, Atletico Madrid, yang berada di tempat ketiga, dan Barcelona, keempat, dengan 10 mata. Mereka akan menentang Atletico kendalian Diego Simeone pada Ahad di Santiago Bernabeu.

    “(Joselu) melakukan segala-gala yang diperlukan untuk kekal di sini, dia sedang melakukannya dengan hebat,” kata Ancelotti.

    “Adalah satu rahmat untuk mempunyai pemain berkualiti sepertinya dia seorang yang sangat rendah diri dan serius. Kami semua gembira dengannya.”

    Jurulatih Madrid berkata pasukan itu berada dalam keadaan baik menjelang penghujung musim ini.

    “Pasukan ini mempunyai motivasi dan semangat juang. Kami mengendali permainan ini dengan baik, yang tidak mudah,” tambahnya. – AFP

    Aksi Joselu menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan antara Getafe CF dan Real Madrid CF di stadium Coliseum Alfonso Perez di Getafe pada 1 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda