Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Jelmaan’ bakal menghantui pemain PUBG Mobile mulai hari ini

    KUALA LUMPUR, 8 OKT – PUBG Mobile, sebuah permainan video popular genre pertempuran beramai-ramai atau battle royal hari ini melancarkan koleksi Cerita Hantu Malaysia bertajuk ‘Jelmaan’ bersempena sambutan Halloween bulan ini.

    Pembangun permainan video berkenaan Tencent Games dalam kenyataan memaklumkan para pemain akan teruja menjelajah medan pertempuran dan menghantui musuh mereka dengan set ‘Pocong’ yang direka khas oleh pereka permainan tempatan berbakat.

    Tencent Games memaklumkan set itu akan tersedia hingga 11 November yang menampilkan empat item iaitu The Restless Pocong (set pakaian), The Pocong Shadow (senapang DBS), The Pocong Wanderer (beg galas) dan Elusive Pocong (kuali).

    “Sebagai senapang patah yang paling digemari dalam kalangan komuniti, DBS ditransformasikan menjadi senjata yang menakutkan untuk acara ini bagi membolehkan pemain mengalahkan musuh dan menguasai medan pertempuran.

    “Set ‘Pocong’ ini berada di tahap Mythic dan hanya boleh diperoleh melalui acara peluang bertuah. Setiap percubaan hanya berharga 10 UC (mata wang tidak dikenali), jadi pemain tidak perlu risau mengenai kos yang terlalu tinggi,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Tencent Games
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda