Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jenama fesyen mewah, syarikat pemula lancar sut angkasa lepas

    TOKYO, 17 OKT – Jenama fesyen mewah Itali Prada dan syarikat pemula Amerika Syarikat (AS) Axiom Space Inc melancarkan rekaan sut angkasa lepas baharu, kelmarin.

    Sut itu yang dibangunkan untuk program penerokaan Bulan Artemis NASA, turut melibatkan Jepun, lapor agensi berita Kyodo.

    Sut itu dengan rekaan menutup keseluruhan badan angkasawan dibuat daripada bahan berwarna putih yang kalis suhu tinggi dan pasir halus, dengan garisan merah bagi menambah elemen reka bentuk yang menarik.

    Dua angkasawan Jepun dijangka menjejakkan kaki di Bulan dengan memakai sut itu.

    Program Artemis yang diterajui Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menyasarkan untuk menghantar angkasawan ke permukaan bulan pada 2026, yang pertama dilancarkan sejak misi Apollo dilancarkan lebih setengah abad lalu. – Bernama

    Pakaian angkasa AxEMU dipamerkan semasa sidang media oleh Prada dan Axiom Space di Pusat Konvensyen MiCo di Milan, utara Itali, pada 16 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda