Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jenazah Abang Abu Bakar selamat dikebumikan

    KUCHING, 4 DIS – Jenazah bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bahagian Kuching pukul 6:30 petang tadi.

    Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

    Abang Abu Bakar, 82, dilaporkan meninggal dunia pada 9:55 pagi tadi akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

    Terdahulu, Imam Masjid Bahagian Kuching San’ani Fauzi mengetuai solat jenazah di masjid berkenaan selepas van membawa jenazah bekas veteran politik Sarawak itu tiba pada 5:50 petang.

    Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Tunku Maziah Tunku Mustapha, seorang anak perempuan dan dua anak kembar lelaki.

    Bekas Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu itu pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di negeri ini selama dua dekad bagi kawasan Paloh iaitu dari 1981 hingga 1990 dan Kuala Rajang (1990 sehingga 2000).

    Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai menteri di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bermula dengan jawatan Timbalan Menteri Pertahanan sehinggalah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1990 hingga 1999, sebelum dilantik menerajui Kementerian Pertahanan hingga 2003. – Bernama

    Allahyarham meninggal dunia pada 9.55 pagi tadi di Institut Jantung Negara akibat kegagalan jantung. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...