Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki diperdaya sindiket pekerjaan di Myanmar

    KUALA LUMPUR, 4 DIS – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib dialami seorang rakyat Malaysia yang terperangkap dengan sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar selepas hilang pekerjaan sebagai pekerja restoran disebabkan pandemik COVID-19.

    Mangsa yang ingin dikenali sebagai Anthony, 26, berkata selepas hilang kerja, dia tidak dapat menolak tawaran kerja yang diiklankan menerusi Facebook sebagai jurujual emas di luar negara pada Mac tahun lepas dengan gaji lumayan hingga RM10,000 sebulan.

    Menurut Anthony, selepas selesai temu duga dia dibawa ke sebuah hotel di Kajang untuk menginap di sana selama sembilan hari sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berlepas ke Thailand.

    “Selepas dua hari tinggal di sebuah hotel di Mae Sot, Thailand, saya sedar saya ditipu sindiket berkenaan dan meminta untuk pulang ke Malaysia.

    “Namun, majikan meminta saya membayar segala kos, termasuk tiket penerbangan, pemeriksaan kesihatan dan pembaharuan pasport sebanyak RM3,268.88, selain mengugut untuk membakar rumah keluarga saya di ibu negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim.

    Anthony berkata disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk membayar kos itu, majikannya menghantarnya bekerja di KK Garden, Myanmar bermula April hingga November tahun lepas sebagai ‘love scammer’.

    Menurut Anthony, walaupun berhasrat berhenti melakukan kegiatan terbabit, tanpa disedarinya dia telah dijual kepada satu sindiket penipuan cinta di Laukkaing, Myanmar yang didalangi warga China pada November kerana enggan membayar RM3,268.88 itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...