TOKYO, 23 MAC – Kerajaan Jepun akan menyediakan bantuan kemanusiaan tambahan kepada Ukraine dan negara jiran yang terjejas akibat konflik Rusia-Ukraine, kata Perdana Menteri Fumio Kishida pada Selasa.
“Memandangkan keperluan yang semakin meningkat untuk sokongan kemanusiaan di Ukraine dan situasi sukar yang dihadapi negara-negara jiran, kami akan menambah bantuan kemanusiaan,” kata Kishida lapor Jiji Press.
Jepun sebelum sudah menya-lurkan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Ukraine dan negara jiran bernilai AS$100 juta.
Kishida juga berkata kerajaan sedang mempertimbang rancangan untuk menyediakan perbelanjaan perjalanan dan perubatan kepada rakyat Ukraine yang ingin berpindah ke Jepun. – Bernama