Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jepun tawar subsidi AS$322j hasilkan semikonduktor

    TOKYO, 30 SEPT – Jepun akan menawarkan subsidi berjumlah 46.6 bilion yen (AS$322 juta) kepada pengeluar cip Amerika Syarikat (AS) untuk menyokong pelannya dalam menghasilkan cip memori canggih di kilang Hiroshima, kata menteri perdagangan Jepun hari ini.

    Pengumuman untuk memberikan subsidi kepada Micron Technology itu keluar susulan lawatan Naib Presiden AS Kamala Harris ke Jepun ketika kedua-dua negara mempertingkat kerjasama untuk mengembangkan pengeluaran dan rantaian bekalan untuk bahan kritikal.

    “Saya berharap perjanjian akan menyumbang kepada perkembangan kerjasama di antara Jepun dan AS dalam bidang semikonduktor,” kata Menteri Ekonomi dan Perdagangan Jepun Yasutoshi Nishimura.

    Beliau berkata kerajaan meluluskan perjanjian tersebut hari ini di bawah undang-undang berkaitan keselamatan ekonomi.

    Semasa lawatannya ke Asia minggu ini, Harris bertemu dengan pegawai Jepun dan eksekutif syarikat semikonduktor untuk menjalin kerjasama yang lebih dalam memperkukuh pembangunan dan pengeluaran semikonduktor di tengah-tengah pengaruh China yang semakin meningkat.

    Micron adalah antara syarikat yang terbabit dalam pertemuan dengan Harris, selain Tokyo Electron, Nikon, Hitachi High-Tech Group dan Fujitsu Ltd. AS sedang berusaha untuk memperkukuh kerjasama teknologinya dengan Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, sementara menambah pengeluaran semikonduktor domestiknya, di tengah pelaburan China sendiri dalam cip komputer.

    Jepun telah menubuhkan dananya sendiri untuk menyokong pengeluaran semikonduktor tersebut. – AP

    Papan tanda kelihatan di pintu masuk kilang pengeluaran cip kereta Micron technology di Manassas, AS. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...