Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 27 MAC – Beberapa kawasan di Daerah Belait mengalami jarak penglihatan yang lebih rendah berikutan keadaan setempat yang berjerebu akibat kebakaran belukar dan hutan yang terus menjejaskan negara ini.
Beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu termasuk Sungai Bera dan Anduki, yang turut menyaksikan Lebuhraya Lumut Bypass berhampiran ditutup, dengan laluan terpaksa dilencongkan untuk menggunakan Jalan Lumut-Anduki lama.
Dalam pada itu, keadaan berjerebu turut merebak ke Pekan Seria berhampiran, walaupun tidak seteruk seperti yang dilihat di kawasan sebelumnya.