KUCHING, 1 DIS – Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan dalam menangani isu bencana di kawasan masing-masing dan merupakan barisan pertama bagi menyelamatkan nyawa dan mengawal situasi ketika keadaan cemas atau darurat.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata dalam menghadapi bencana, keupayaan JKKK untuk mengenal pasti maklumat tepat tentang komuniti yang terkesan adalah kunci untuk melancarkan operasi bantuan yang berkesan.
“Seperti peribahasa Melayu, Sediakan payung sebelum hujan, JKKK perlu memastikan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat yang tepat kepada agensi pasukan keselamatan, terutamanya semasa aktiviti carilamat (SAR) yang berperanan penting dalam menyelamatkan mangsa bencana. – Bernama