Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    JKPB bincang kerjasama pertahanan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Negara Brunei Darussalam dan Malaysia membincangkan kerjasama pertahanan dua hala, termasuk latihan dan eksesais tentera, pertukaran perisikan, hal-ehwal logistik, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) ke-20 yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

    Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran) di Kementerian Pertahanan, Kolonel (B) Norsuriati binti Haji Sharbini dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz.

    Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua pengerusi bersama merakamkan rasa gembira dengan interaksi dua hala dan serantau yang aktif antara pegawai pertahanan kedua-dua buah negara, terutamanya di platform Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).

    Mesyuarat JKPB ditubuhkan setelah penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) dalam kerjasama pertahanan pada 14 Februari 1992 dengan mesyuarat pertama diadakan pada 17 Julai 1993.

    Perlaksanaan Mesyuarat JKPB tahun ini bertepatan dengan ulang tahun ke-30 penandatanganan MoU berkenaan, yang mencerminkan kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin kukuh serta persahabatan yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

    Kolonel Norsuriati semasa menghadiri mesyuarat JKPB secara online. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...