Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    JMK hulur $7,000 untuk Gaza

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Bagi membantu meringankan kesengsaraan dan beban penderitaan penduduk Palestin yang terjejas di Gaza, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Perdana Menteri hari ini telah menyerahkan sumbangan daripada pegawai dan kakitangan JMK kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah $7,000.

    Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran JMK, Haji Saiful bin Haji Sulaiman, kepada Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Fauziah binti Mohd Salleh bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Ehsan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Berakas.

    Penyerahan sumbangan diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Ehsan, KKBS, Berakas. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MUFTI KERAJAAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda