Wednesday, November 27, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    JMM adakan majlis khatam Al-Quran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat (JMM), hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Fardu Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Fardu Isyak serta Solat Tarawih dan Witir berjemaah.

    Majlis yang diadakan di Surau JMM itu telah dihadiri oleh Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara.

    Majlis tahunan anjuran Badan Kebajikan dan Sukan, JMM itu turut disertai oleh para pegawai dan kakitangan jabatan.

    Majlis yang menandakan berakhirnya pembacaan Al-Quran 30 juzuk oleh warga jabatan itu telah didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pengiran Haji Mohd Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar kemudiannya diikuti dengan bacaan surah-surah lazim, takhtim, Doa Khatam dan Zikir Asrakal.

    Seperti lazimnya sempena bulan Ramadan ini, Badan Kebajikan dan Sukan, juga memberikan sumbangan Hari Raya kepada dua kakitangan jabatan yang disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin.

    Antara lain tujuan aktiviti ta-hunan membaca Al-Quran dalam bulan yang mulia ini adalah untuk menggalakkan para pegawai dan kakitangan di jabatan itu supaya lebih bersemangat mencintai Al-Quran dan dapat memahami dan mendalami maksud bacaan, serta diharapkan segala amal ibadah yang dilakukan terutama dalam keadaan sedang berpuasa akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada salah seorang kakitangan jabatan.
    Antara yang hadir pada majlis khatam Al-Quran tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda