Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jodoh lambat tiba

    Orangnya cantik manis, dibesarkan dalam keluarga berada dan berpendidikan, kini populariti pula mengiringi perjalanan hidup penyanyi dan pelakon Malaysia, Wanna Ali, 26.

    Segala-galanya berada dalam genggaman pelakon yang mendapat populariti menerusi drama Angkara Cinta itu.

    Namun, hingga hari ini, tiada satu pun gosip cinta pernah melingkari hidup Wanna atau nama sebenarnya, Nor Syazwana Mohd Ali.

    Malah, Wanna boleh disifatkan sebagai artis bebas kontroversi sejak memulakan langkah sebagai penyanyi pada usia 15 tahun.

    Pandai menyorokkan kisah cinta, Wanna akhirnya buka mulut mengenai hubungan cinta tak kesampaian.

    Bercinta tidak lagi menjadi keutamaan Wana. – thesundaily.my

    Wanna berkata, hubungan cintanya terputus di tengah jalan kerana tidak mempunyai persefahaman.

    “Bohonglah jika saya tidak memiliki hasrat hidup berpasangan. Keinginan mahu mempunyai keluarga sendiri memang ada, lebih lagi, apabila melihat rakan-rakan sudah berkahwin dan memiliki anak.

    “Melihat rakan-rakan berumah tangga, sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada saya.

    “Seperti kita ketahui, budaya masyarakat Melayu mementingkan perkahwinan, jadi ia memberi tekanan kepada saya.

    “Jujurnya, saya sepatutnya berkahwin tahun depan, namun malangnya tiada jodoh.

    “Kami putus dalam pertengahan tahun ini. Mungkin juga terlalu awal untuk kami berbincang soal perkahwinan,” katanya kepada BH Online.

    Anak kepada pemilik syarikat Pencil Pictures & Record Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh itu berkata, dia akur dengan permintaan bekas kekasih yang tidak membenarkannya bergiat aktif dalam bidang seni selepas bergelar isteri.

    “Bekas kekasih beri syarat, tidak mahu saya aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian. Saya terima sahaja permintaannya.

    “Kami sudah merancang soal bisnes yang akan dilakukan, malah bekas kekasih akan memberikan sokongan, namun jodoh kami tak panjang.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...